Sabtu, 21 November 2009

Isu yuran KUIS: Pro-M Nasional ‘nasihat’ Presiden berundur

SABAH DAILY / MAHASISKINI

Berikutan isu kenaikan yuran Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS) yang belum menemui jalan penyelesaian walaupun setelah didesak oleh Gerakan Mahasiswa Sedar(GMS),Pro Mahasiswa Nasional pula hari ini menasihatkan agar Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS meletak jawatan “secara hormat”.

Menurut seorang mahasiswa kolej berkenaan yang enggan namanya didedahkan,Presiden MPM KUIS, Nasrul Izad Mohd Isa dikatakan masih lagi membisu terhadap isu tersebut selain dilihat seakan tidak perihatin terhadap nasib yang di alami oleh mahasiswa kuis.

Justeru itu,Pengerusi Pro-M nasional,Mohd Syafie Hashim menasihatkan nasrul Izad agar berundur secara hormat sekiranya masih la bersikap demikian.

kuis 1

‘Pro-Mahasiswa amat kecewa dengan kenyataan beliau selaku presiden MPM KUIS di dalam akhbar yang menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang isu yang berlaku.”

Syafie menyatakan perkara demikian dengan perasaan kecewa sambil menunjukkan kenyataan presiden tersebut dalam keratan akhbar Berita Harian bertarikh 7 November.

‘Selaku pimpinan utama mahasiswa yang dilantik oleh mahasiswa melalui pilihanraya kampus,seharusnya beliau menjadi pembela nasib mahasiswa yang tertindas baik dalam apa-apa masalah sekalipun bukan sebaliknya membisu, malahan mengutuk tindakan mahasiswa yang bersuara.’ Tambahnya lagi.

Selain meminta agar MPM Kuis melihat tindakan GMS itu daripada sudut yang positif dan mencari punca dan faktor sebenar mereka melakukan tindakan sedemikian,beliau mencadangkan agar inisiatif lain perlu dilakukan secepat mungkin bagi menyelesaikan isu ini.

‘sekurang-kurangnya buatlah dialog terbuka dengan mahasiswa yang tertindas,bukan membisu. Kita mahu mahasiswa yang lahir daripada menara gading ini adalah individu yang berani, prihatin ,bijak , dan mempunyai jati diri yang kukuh . Tiada guna lansung sekiranya mahasiswa yang lahir dari kampus ini hannya menjadi “tukang angguk” kepada sesiapa yang mahu “menjerut” leher mahasiswa.’katanya mengakhiri sidang media petang tadi.

Sebelum ini beberapa hari selepas demonstrasi yang dianjurkan oleh GMS,media dimaklumkan bahawasanya terdapat mantan presiden sebelum ini antaranya Fahrur Rozi Jalaluddin yang menawarkan diri untuk menjadi pihak ketiga bagi menyelesaikan isu ini.

Beliau dikatakan telah menghubungi Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Dr. Halimah Ali untuk mengadakan perbincangan.

Walaubagaimanapun,sehingga hari ini masih belum ada apa-apa perkembangan dan tindakan serius dilakukan dari Persatuan Induk mahasiswa kolej tersebut.

Tiada ulasan: