Ismail Hashim |
SHAH ALAM : Program Wacana Wanita Intelektual di Perpustakaan Awam Selangor semalam mendapat tamu istimewa iaitu Datuk Hajah Rahmah Abdul Hamid ibu kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin Abu Bakar. Rahmah, Pengerusi II, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) turut menjadi peserta di majlis anjuran kerajaan negeri Selangor di bawah Exco pendidikan itu. Rahmah merupakan antara 10 pengasas Pertiwi sejak 16 November 1967. Kehadiran beliau dan semua peserta lain turut diumumkan oleh Penasihat wacana yang juga Exco Kerajaan Selangor, Puan Dr Hajah Halimah Ali. (Gambar: Hajjah Rahmah antara peserta Wacana Wanita Intelektual Selangor hari ini) Turut menjadi pembentang kertas dalam wacana itu adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan