Ahad, 15 November 2009

Haji: UMNO Kelantan terlupa kereta Anuar...

Oleh Amir Hamzah


Tahniah kepada Pemuda UMNO Kelantan kerana berjaya menghalang Tuan Guru Menteri Besar daripada menunaikan rukun Islam ke-5. Namun kejayaan ini bermakna atau tidak? atau adakah laporan polis mereka ini lebih menunjukkan kedangkalan otak mereka yang selama ini sememangnya diakui ramai?

Sekiranya Anuar Safian dan kartun-kartun seangkatannya sebenar-benarnya menghayati cogankata "UMNO mudah lupa" seperti kata Mahafir'aun, maka suka saya ingatkan bahawa Tuan Guru Menteri Besar tidak mengambil satu sen pun daripada elaun perumahannya selama 19 tahun ini dan sekiranya dikumpul maka beliau boleh melakukannya tanpa sedikitpun ketagihkan penajaan.

Semua elaunnya diberi semula kepada kerajaan negeri sepertimana yang dilakukan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Pernah pimpinan UMNO lakukan sedemikian?

Apakah Anuar dan kartun-kartunnya terlupa akan kereta mewah Anuar Musa yang ditangkap atas kesalahan rasuah? selalunya manusia yang kena tindakan tapi dalam kes ini kereta dia pulak yang kena tindakan - ditangkap dengan cara yang paling hina dan tidak berperi-kenderaan!!

Apakah Anuar terlupa kelibat Khir Toyo? (sila lihat artikel dibawah) dan kelibat Ling Liong Sik dan kartun dia pulak dalam skandal PKFZ yang telah menghancurkan MCA? bagaimana pula skandal VK Linggam, Eusoffe Chin, saham-saham Maika Holdings dan lain dan lain dan lain....

Ni nak pergi Haji bang, nak buat benda baik. Bukan untuk berhibur di disko seperti JJ dan tuang arak seperti Khairy, bukannya nak joli duit kerajaan nak pergi Disneyland sebab dulu jadik doktor gigi tak cukup duit nak pergi semua tempat di DUNIA tu.. ni nak pergi Haji bai, tolong faham sikit.

Doa saya agar Anuar Safian dapat kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri selama Tuan Guru Nik Aziz jadi Menteri besar. Itupun mustahil sebab dalam UMNO Kelantan ni banyak tikam belakang, hasut dan cah keting.

http://puterabatu.blogspot.com

Tiada ulasan: