Rabu, 18 November 2009

Fasa Kedua Kediaman Pelajar Unisel Akan Dibina

TV SELANGOR


Kerajaan negeri akan membina fasa kedua kediaman pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) bagi mengatasi masalah kepadatan pelajar di kampus Bestari Jaya.

Sehingga kini hampir 10,000 pelajar di tempatkan di kampus berkenaan seraya membuktikan Unisel menjadi antara pusat pengajian terpilih di negara ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat dan prihatin mengenai masalah pelajar di sana.

Justeru pembinaan fasa kedua kediaman pelajar berkenaan dilakukan sebagai salah satu cara menyelesaikan masalah kepadatan tersebut.

“Unisel juga dalam proses membangunkan asrama fasa kedua yang boleh menempatkan 3,000 orang pelajar,” katanya.

Halimah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Datuk Amiruddin Setro, pada hari ketujuh Sidang Dewan Negeri, hari ini.

Menurut Dr Halimah, UNISEL juga telah membeli 111 buah rumah teres dua tingkat dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kota Puteri bagi menempatkan lebihan pelajar terbabit.

Halimah yakin dengan adanya program pembangunan modal insan ia dapat membantu pelajar dari terjebak kedalam masalah sosial walaupun mereka ditempatkan di luar kawasan kampus.

Tambahnya kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Sleangor (JAIS) juga dibuat bagi memantau keadaan.

Tiada ulasan: