Ahad, 1 November 2009

Ekonomi Indonesia terkuat di Asia Tenggara

SINAR HARIAN ONLINE


JAKARTA - Indonesia dijangka menjadi ekonomi terkuat di rantau Asia Tenggara di segi nilai dolar Amerika Syarikat (AS) dalam masa lima tahun berikut, kata Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Unjuran itu dibuat dengan berdasarkan beberapa petunjuk positif sepanjang pemerintahan penggal kedua Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berakhir pada 2014.

Petunjuk-petunjuk itu meliputi pertumbuhan tenaga kerja 1.4 peratus selain kadar simpanan dan pelaburan yang dianggap antara tertinggi di Asia selepas China dan India.

Kejayaan pilihan raya baru-baru ini dijangka memberikan kestabilan kepada pemerintahan Susilo dan membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Tiada ulasan: