Jumaat, 6 November 2009

EGM baru MCA 28 November

Kuek Ser Kuang Keng


Ahli jawatankuasa pusat MCA, Wong Nai Chee yang mengemukakan memorandum meminta diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang baru, memutuskan untuk memanggil sendiri EGM tersebut, bagi membolehkan perwakilan memutuskan sama ada perlu mengadakan pemilihan parti yang baru.

Notis untuk memanggil EGM itu akan dikeluarkan hari ini, kata Wong.

Sebelum ini, Wong adalah antara tiga ahli jawatankuasa pusat MCA yang mengemukakan permintaan kepada ibupejabat parti supaya EGM baru itu diadakan.

Mereka adalah antara 16 atau satu pertiga daripada ahli jawatankuasa pusat MCA yang menandatangani menyokong memorandum tersebut.

NONEWong berkata, EGM baru akan diadakan pada jam 10 pagi pada 28 November ini.

Wong mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat Pemuda MCA di ibunegara pagi ini.

Difahamkan mereka telah menempah Dewan San Choon di ibupejabat MCA untuk mengadakan EGM tersebut.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengendalikan pengurusan EGM tersebut.

Jawatankuasa tersebut juga, katanya, akan mengutip dana bagi membiayai urusan untuk mengadakan EGM itu.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan menggunakan kemudahan parti untuk mengadakan EGM tersebut.

Tiada ulasan: