Rabu, 11 November 2009

DUN tolak usul isu tahan Asri

Salhan K Ahmad


Speaker DUN Selangor hari ini menolak usul tergempar ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib untuk bincang mengenai penahanan Dr Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Teng Chang Khim berkata walaupun usul itu melibatkan kepentingan orang ramai, namun tidak menepati syarat yang memerlukannya ia disegerakan.

Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang awal bulan ini berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah, setakat ini.

Tiada ulasan: