Isnin, 2 November 2009

Desak wakil rakyat letak jawatan

BERITA HARIAN ONLINE


PELABUHAN KLANG: Kira-kira 500 penyokong parti pembangkang berkumpul di depan bangunan sebuah bank di pusat bandar di sini, semalam, bagi mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan.

Perhimpunan awam bermula jam 12 tengah hari dan berakhir sejam kemudian disertai pemimpin DAP, Pas dan Parti Keadilan rakyat (PKR) kawasan itu bagi menyatakan tidak puas hati dengan keputusan Badrul Hisham.

Mereka menuntut supaya Badrul Hisham meletak jawatan serta-merta kerana gagal melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada Pilihan Raya Umum, Mac tahun lalu.

Yang Dipertua Pas Klang, Ismail Arsat, berkata Badrul Hisham dipilih sebagai wakil rakyat atas tiket PKR dan patut melepaskan jawatan itu jika tidak lagi bersama parti itu.

“Bukan saja tidak hormat kerajaan negeri, Badrul Hisham juga tidak menghormati Sultan Selangor apabila enggan menghadiri beberapa majlis rasmi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tiada ulasan: