Rabu, 4 November 2009

Chithirakala saman Samy Vellu dan isteri

Hafiz Yatim


Bekas CEO Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), P Chithirakala hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan isterinya, serta akhbar Tamil Nesan.

Dalam saman berasingan itu, Chithirakala mendakwa ketiga-tiga pihak berkenaan telah memfitnahnya berhubung insurans institut tersebut.

Chithirakala menyaman Samy Vellu berhubung kenyataannya bahawa dia (Chithirakala) telah mengambil wang insurans MIED dan mengalihkannya ke sebuah syarikat milik suaminya.

Dalam samannya terhadap isteri Samy Vellu pula, Chithirakala mendakwa Datin Sri Indrani telah membuat kenyataan memfitnah berhubung karektor dan kerja profesioanlnya yang disiarkan dalam Malaysiakini.

Chithirakala menamakan akhbar Tamil Nesan kerana menyiarkan lidah pengarang yang didakwanya telah memfitnahnya dan keluarganya.

Tiada ulasan: