Ahad, 1 November 2009

Berapa Banyak Duit Habis Untuk Aked Mara

Oleh Iqbal


"Rasanya tak ramai yang pedulikan kewujudan Aked-aked Mara. Tak keterlaluan kalau aku katakan setiap daerah ada bangunan Aked Mara. Kita 14 buah negeri semuanya. Negeri yang besar banyak pula daerahnya. Tak tahu aku jumlah daerah-daerah yang ada.

Tentunya berderet objektif-objektif pembinaan Aked Mara. Fokus utamanya ialah untuk menyediakan ruang peniagaan untuk Melayu ( sebenarnya untuk puak-puak umno. Melayu tak umno jangan mimpi diberi ruang peniagaan). Namun objektif-objektif itu sekadar atas kertas sahaja. Realitinya jauh daripada mencapai tujuannya. Samalah seperti pembinaan Balai2 Raya. Ada objektifnya.Kesudahannya jadi tempat kambing berteduh waktu hujan dan lobok kontraktor2 umno dapat kerja. Meskipun pengunaannya hanya beberapa kali dalam setahun namun setiap tahun ada sahaja kerja ubah suai dan naik taraf untuk balai-balai raya.

Begitu juga dengan Aked Mara. Apa yang kita dapat lihat aktiviti perniagaan hampir tiada dalam bangunan Aked Mara diseluruh negara. Yang adasatu dua kedai makan dan kedai guntung rambut. Namun begitu dalam keadaan bangunanitu tidak berfungsi sangat kerja naik taraf dan ubah suai tetap dilakukan. Dan tentu sekali jumlah peruntukannya bukan sedikit.Saperti biasa pemimpin2 umno tidak kisah duit rakyatdihabiskan begitu cara. Yang penting kroni2 dan kuncu2 mereka dapat projek.

Kalau di lihat lokasi-lokasi Aked Mara kita yang bukan dalam bidang ekonomi pun tahu ianya tidak sesuai. Hampir semua bangunan Aked Mara tersing dan terpisah daripada pusat tumpuan orang ramai. Kedudukannya adakala jauh daripada pusat membeli belah.Tidak menghairankan kalau lihat ruang-ruang peniagaan yang ada dalam Aked Mara tidak berpenghuni.

Persoalannya dimanakah kebijaksanaan peneraju MARA dalam memikirkan pembinaan Aked Mara.Untuk apa dibina sekiranya peluang untuk maju dalam berniaga itu hampir tiada.Ditempat aku,Aked Maranya baru dinaikkan taraf ( cat baru, ada ubah suai dari atapnya sampailah kelantainya ) Perniagaan apa yang disitu ? Pejabat bas ekspress trans nasional , ruang niaga jual jajan dan satu dua majalah serta surat khabar, kedai makan (dah pun tutup) atasnya pula kedai rambut perempuan ( rasanya macam dah tutup juga ). Selebihnya ruang niaganya tidak berpenghuni. Sebab apa jadi begitu ? Kerana ianya terasing. Orang datang kesitu kerana nak beli tiket bas dan menunggu bas. Itu sahaja.

Sedih kita lihat orang2 melayu yang berjinak2 nak berniaga. Barang yang ada tak seberapa.Apa yang boleh kita beli daripada mereka. MARA sendiri seperti tiada idea. Kesimpulannya raung niaga yang disediakan di Aked2 MARA tak hidup. Oleh hentikanlah membazirkan duit rakyat membuat ubah suai dan sebagainya keatas Aked2 MARA.

Tiada ulasan: