Selasa, 3 November 2009

Bekas ADUN Gerakan didakwa

MALAYSIA KINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas ADUN Teratai, Yap Soo Sun berhubung penyelewengan peruntukan kawasan pilihan rayanya.

Bekas wakil rakyat Gerakan Selangor itu dihadapkan dengan tujuh pertuduhan memalsukan tuntutan wang tersebut bagi program sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Thaipusam.

Beliau ditangkap pagi ini oleh suruhanjaya itu selepas pembantunya Mohd Firdaus Abu Zarin diseret ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

Mohd Firdaus, yang juga pengarah sebuah syarikat, antara lima orang yang dihadapkan ke mahkamah tersebut, termasuk ahli parlimen BN, Abd Rahman Bakri, atas tuduhan rasuah.

Tiada ulasan: