Rabu, 4 November 2009

Asri mahu saman PGSM

BERITA HARIAN ONLINE


BUKIT MERTAJAM: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mahu menyaman Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Institut Ibn Qayyim di sini, malam tadi, Mohd Asri berkata saman terhadap PGSM berikutan fitnah dilemparkan persatuan itu yang menuduhnya tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, mencerca solat hajat dan menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.

Selain itu, PGSM melemparkan tuduhan menerusi memorandum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 12 Oktober lalu membantah cadangan melantik Mohd Asri sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan turut mendakwanya mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.

Tiada ulasan: