Isnin, 16 November 2009

Apa Sebenarnya Niat Kerajaan BN

Oleh carleadbest


KES 1

Sebelum ini semua kereta yang berusia 15 tahun ke atas tidak berupaya memperbaharui insuran kenderaan mereka menggunakan perlindungan pihak ketiga-3rd party insurance . Kebanyakkan syarikat insurans tidak mahu mengambil kes-kes sebegini kerana kenderaan yang berusia lebih 15 tahun berisiko tinggi mengalamai kerosakkan ataupun kemalangan jalanraya yang menyebabkan tuntutan yang tinggi

Ada sesetengah syarikat insurans atau takaful yang terus menolak permohonan pemilik kenderaan dan ada sesetengahnya yang mensyaratkan pengambilan PA sebelum permohonannya dibenarkan. Apa pun keadaannya pemilik kenderaan yang berusia lebih 15 tahun terpaksa berbelanja lebih apabila hendak memperbaharui cukai jalan.

KES 2

Pengharaman Import Alat Ganti Kereta Terpakai Akan Timbulkan Masalah - Persatuan

JOHOR BAHARU, 14 Nov (Bernama) -- Langkah pengharaman import alat ganti kereta terpakai bermula 2011 bukan hanya menimbulkan masalah kepada pemilik kereta lama tetapi juga didakwa mampu membunuh industri alat ganti kereta terpakai, kata Persatuan Pengedar Alat Ganti Kereta Terpakai Johor.

Persatuan itu mendakwa lebih 5,000 pengedar alat ganti kereta terpakai di seluruh negara akan terjejas dengan langkah pengharaman itu di bawah Dasar Automotif Kebangsaan yang diumumkan baru-baru ini dan dijangkakan kira-kira 100 ribu orang akan hilang pekerjaan.

"Langkah pengharaman itu mungkin membunuh industri ini secara langsung dengan kira-kira 100 ribu pekerja hilang pekerjaan," kata seorang pengedar, Ng Keng Heng pada sidang media anjuran persatuan itu di sini hari ini.

Lagi berita dalam BERNAMA..

KES 3

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mahu mewajibkan penguatkuasaan sistem piawaian MS 1164 bagi membendung penjualan alat ganti kenderaan tiruan terutama alat brek kepada pengguna jalan raya.

Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata peraturan itu dijangka dikuatkuasa mulai 1 Julai tahun depan.

Beliau berkata langkah itu penting memandangkan terdapat peningkatan kes penjualan alat ganti brek tiruan yang menyebabkan pengguna tertipu serta membahayakan mereka.

Walaupun arahan ini telah ditarik balik tetapi apakah sebenarnya niat asal kerajaan apabila mengeluarkan arahan sebelum ini.

Baca artikel penuh di: http://www.hatiyangmenyapa.blogspot.com

KES 4

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Faktor bebanan kewangan rakyat dan keselamatan merupakan antara perkara yang akan diberi perhatian dalam kajian semula peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata kajian perlu dilakukan supaya peraturan baru, yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom Sdn Bhd sebelum memperbaharui cukai jalan berkuatkuasa 1 Jan depan itu sesuai dilaksanakan.

Baca artikel penuh di: http://www.hatiyangmenyapa.blogspot.com

Apa sebenarnya niat kerajaan BN membuat semua ini kepada rakyat yang memang telah susah akibat kenaikan beberapa barangan terutamanya minyak dalam keadaan ekonomi global yang kurang sihat.

Apakah slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN" bermakna rakyat terpaksa menanggung segala beban kerajaan terlebih dahulu ataupun rakyat terpaksa berkorban terlebih dahulu dalam apa pun keadaan negara kita semasa kini.

KES 5

Apa pula ceritanya ini.

Bila ada beberapa pasukan F1 terkemuka dunia menarik diri dari menyertai F1 2010 kerana masalah bajet yang tinggi, Malaysia pula menyambut salam. Kata tidak ada duit?

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pasukan Lotus F1 Racing Malaysia mencatat satu lagi kejayaan memberangsangkan dalam persediaan pasukan itu menjelang penampilan pertama pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu Dunia (F1) 2010 selepas lulus ujian impak kemalangan dalaman.

Lawat blog saya: http://www.yangkudengaryangkulihat.blogspot.com

Tiada ulasan: