Jumaat, 20 November 2009

Ahli bantah rombakan Majlis Presiden

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Suasana di hadapan bangunan Wisma MCA semalam, kecoh apabila beberapa kumpulan dalam MCA berkumpul beramai-ramai bagi melahirkan bantahan dan rasa tidak puas hati dengan keputusan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang merombak Majlis Presiden parti itu, kelmarin.

Kira-kira 70 ahli dan penyokong Pemuda MCA berkumpul secara aman dan menyalakan lilin pada perhimpunan bermula sekitar jam 7.30 malam itu bagi meluahkan pendapat mereka mengenai tindakan terbaru pucuk pemimpin parti terbabit.

Perhimpunan itu bagaimanapun ditamatkan selepas sejam atas arahan polis dan sejurus ahli serta penyokong MCA mula mengeluarkan sepanduk yang mendesak kedua-dua pemimpin atasan parti itu meletak jawatan.

Seorang ahli MCA yang mengetuai perhimpunan itu, Lai Chee Hoe, berkata pihaknya mendesak demokrasi dikembalikan dalam kepemimpinan MCA.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Wanita MCA, Senator Heng Seai Kie yang ditemui, berkata ahli MCA sudah mencadangkan kepada Ong bagi memasukkan semula Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam Majlis Presiden.

Tiada ulasan: