Selasa, 17 November 2009

ADUN Pelabuhan Klang akhirnya bersuara

Salhan K Ahmad


ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah mula bersuara dalam sidang DUN Selangor hari ini apabila mengemukakan satu soalan lisan berkaitan penyediaan perkhidmatan internet tanpa wayar di kawasannya.

Soalan tersebut dijawab oleh exco sains teknologi negeri Roziah Ismail yang menempelaknya kerana baru sekarang menunjukkan muka selepas mengumumkan keluar PKR pada akhir bulan lalu.

"Saya hairan kenapa baru ini nak minta supaya Pelabuhan Klang diberi keutamaan. Sudah 20 bulan (menghilangkan diri," katanya.

Badrul memohon kepada Roziah supaya memberi keutamaan kepada kawasan tersebut kerana Pelabuhan Klang "memberikan hasil kepada negeri."

"Saya mohon puan exco pertimbangkan, beri keutamaan kepada Pelabuhan Klang," katanya.

Roziah kemudiannya berkata soalan itu tidak akan dijawab olehnya kerana ia tidak berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan internet wayarles.

Badrul turut ditegur oleh timbalan speaker DUN Haniza Talha kerana tidak mematuhi peraturan mesyuarat kerana memanggil Roziah dengan namanya ketika mengajukan soalan.

"Sebut nama kawasan, bukan sebut nama. Kena ikut peraturan tetap," katanya.

Roziah sebelum itu menjelaskan, penyediaan jaringan prasarana tanpa wayar hibrid atau HyWIN itu masih dalam peringkat perancangan.

Projek yang dijangka siap pada April 2014 akan dimulakan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada September 2012, katanya.

"Harap Pelabuhan Kelang bersabar kerana kita buat secara berperingkat," kata Roziah lagi.

Tambahnya, kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan dua penyedia perkhidmatan internet wayarles REDtone dan Packet One Networks untuk membangunkan infrastruktur berkenaan.

Tiada ulasan: