Ahad, 8 November 2009

Adun Kota Siputeh tidak dibenar hadiri persidangan

BERITA HARIAN ONLINE


ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif tidak dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang akan berlangsung 17 November ini selepas menerima surat pembatalan panggilan ke mesyuarat itu, empat hari lalu.

Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, mengesahkan beliau menghantar surat berkaitan perkara itu empat hari lalu, tetapi enggan mengulas dan memaklumkan alasan beliau berbuat demikian kerana Abu Hassan disifatkan tidak layak menghadiri persidangan itu.

Perkembangan itu mempunyai kaitan dengan kes semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Abu Hassan sebagai Adun Kota Siputeh. Dr Abdul Isa sebelum itu memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan hadir dua persidangan DUN Kedah berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini.

Tiada ulasan: