Jumaat, 6 November 2009

Ada 20,000 peluang pekerjaan di Selangor

Harakahdaily


SHAH ALAM : Hampir 20,000 peluang pekerjaan terbuka untuk rebutan golongan belia, graduan dan mereka yang diberhentikan kerja, hasil inisiatif kerajaan negeri Selangor.

Demikian maklum oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam program 'Jelajah Jom Kerja'.

Ia dibuiat selepas menyedari tekanan ekonomi hari ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif melancarkan program ini yang membuka peluang kepada orang awam mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terpilih.

Menurut Dr Halimah 'Jelajah Jom Kerja' adalah sebahagian dari usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan Program Penempatan Pekerjaan, lapor Selangorkini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melancarkan program tersebut di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, pagi tadi.

Menurut Dr Halimah, lebih 10 syarikat swasta akan terlibat dalam temuduga terbuka yang akan berlangsung esok, 7 November.

Temuduga terbuka pada 7 dan 8 November ini akan diadakan di Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan, Sabak Bernam.

Program 'Jelajah Jom Kerja' ini akan diteruskan selepas sambutan Aidiladha ini di daerah Klang. _

Tiada ulasan: