Jumaat, 20 November 2009

817 murid Tamil dapat 7A

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata kejayaan 817 pelajar sekolah Tamil memperoleh 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mencerminkan ibu bapa kini mementingkan pelajaran anak mereka.

Mengucapkan tahniah kepada pelajar berkenaan, katanya, jumlah pelajar mendapat 7A tahun ini lebih tinggi berbanding 725 tahun lalu.

"Ada peningkatan 92 pelajar tahun ini dan saya gembira dengan pencapaian pelajar tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Samy Vellu berkata, MIC melalui Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED) akan memberikan hadiah kepada semua 817 pelajar cemerlang itu.

Naib Presiden MIC dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut mengucapkan tahniah kepada pelajar terbabit.

Tiada ulasan: