Isnin, 9 November 2009

800 Hektar Sawah Di Perlis Musnah Dilanda Banjir

BERNAMA


KANGAR: Seluas 800 hektar sawah padi di beberapa lokasi di Perlis ditenggelami air sejak seminggu lalu dan kerugian yang dialami oleh 1,200 pesawah itu dianggarkan RM1 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad berkata, sebanyak 500 hektar kawasan sawah terbabit terletak dalam kawasan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) manakala 300 hektar lagi di luar kawasan MADA.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau kawasan sawah padi yang dilanda banjir sekitar kawasan Sungai Bakong dan Padang Siding pada Isnin, beliau berkata, pokok padi di sawah-sawah terbabit mulai rosak.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat bagi membolehkan pesawah terbabit dibantu.

Tiada ulasan: