Ahad, 1 November 2009

3 pelajar UTAR pula hilang di kawasan Air Terjun Kampar

MSTAR ONLINE


IPOH: Belum pun reda kes kematian tiga orang murid sekolah rendah yang lemas di Sungai Kampar ekoran jambatan gantung yang mereka seberangi runtuh, hari ini, pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus melancarkan gerakan mencari tiga pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang hilang ketika mandi di kawasan Air Terjun Batu Berangkai,Kampar dekat sini.

Pasukan Mencari dan Menyelamat telah melancarkan gerakan mencari selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang tadi.

Laporan awal menyebut, ketiga-tiga pelajar UTAR itu sedang mandi manda bersama seorang lagi rakan perempuan mereka sebelum mereka dibawa arus deras yang tiba-tiba muncul.

Seorang lagi rakan mereka yang tidak mandi pada ketika itu menyaksikan kejadian tersebut lalu bergegas ke Kampar untuk membuat laporan polis.

Adalah tidak diketahui apa yang terjadi pada pelajar perempuan berkenaan.

Tiada ulasan: