Isnin, 9 November 2009

3 ADUN BN pohon isytihar sidang Selcat tidak sah

MALAYSIA KINI


Tiga ADUN Barisan Nasional (BN) memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), batal dan tidak sah.

Mereka ialah Raja Ideris Raja Ahmad (Sabak Bernam), Hasiman Sidom (Morib) dan Wong Koon Mun (Kuala Kubu Baru).

Ketiga-tiganya memfailkan saman tersebut terhadap pengerusi dan anggota Selcat. Selcat diketuai oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim.

Mereka memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Selcat telah melanggar perintah tetap dan perlembagaan negeri.

Tiada ulasan: