Jumaat, 2 Oktober 2009

TUDM sediakan dua pesawat untuk memindahkan mangsa gempa bumi

Oleh Mergawati Zulfakar dan Yeng Ai Chun


PETALING JAYA: Tentera Diraja Udara Malaysia telah menyediakan dua pesawat udara untuk memindahkan peduduk negara kita yang terkandas di Sumatera akibat gempa bumi kuat yang melanda negeri itu Rabu lepas.

Kerajaan Malaysia akan menghantar beberapa orang pegawai dari Wisma Putra ke sana.

Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengajian Tinggi negara sedang berusaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia.

“Kita sedang berusaha untuk menghantar pulang pelajar-pelajar kita, tetapi itu terpulang kepada mereka untuk pulang atau sebaliknya.

“Kami juga sedang meyelaraskan usaha kami dengan kerajaan Indonesia,” kata Duta Perhubungan Kommunikasi Malaysia di Jakarta, Amran Mohamed Zin.

Seramai 330 pelajar Malaysia menuntut di Padang dan kesemuanya dilaporkan selamat.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia sedia membantu kerajaan Indonesia dalam usaha mencari dan menyelamat jika perlu.

Sehubungan itu, orang awam boleh mengemukakan sebarang pertanyaan kepada bilik operasi yang disediakan oleh Wisma Putra di talian (603) 8889-2746/ 8887-4570.

Mereka juga boleh menghubungi Bilik Operasi Kedutaaan Malaysia di Jakarta dengan mendail +6221-5224947/ +6221-5224971.

Seramai 290 pelajar Malaysia yang menuntut di Padang telah membuat keputusan untuk pulang ke tanah air setelah rumah sewa mereka runtuh berikutan gempa bumi yang menimpa pagi tadi.

Mereka sedang menunggu pesawat Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) untuk dipindahkan.

Sementara itu, Konsul-General Malaysia di Medan, Fauzi Omar berkata 40 pelajar Malaysia telah membuat keputusan untuk terus tinggal disana.

“Ini adalah keputusan mereka tetapi kami sedang memujuk mereka untuk pulang tetapi semua itu terpulang kepada situasi mereka di lokasi kejadian,” ujar beliau.

Menurut sebuah laporan, seorang pelajar Malaysia dilaporkan cedera di bahagian tulang belakang setelah rumah sewaannya runtuh.

Sebuah pesawat TUDM sedang menunggu kebenaran kerajaan Indonesia untuk memindahkan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

Fauzi berkata dia akan berlepas ke Padang hari ini dan membawa makanan seperti biskut bersamanya.

Mercy Malaysia juga akan menghantar dua ahli kumpulannya, diketuai oleh pegawai penyokong program senior Maria Lauranti dan disertai oleh sukarelawan perubatan Oh Boon Haan. Mereka berlepas pada pukul 2 petang hari ini.

“Mereka akan mengkaji keadaan semasa di tempat kejadian untuk menentukan jenis keperluan asas yang diperlukan,” kata Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Mercy juga telah menyuruh sukarelawan Indonesia Azrim Mirza yang di tugaskan di Medan untuk menganalisa situasi disana sebelum pasukan Mercy Malaysia tiba disana,” tambah beliau.

Beliau berkata wang sebanyak RM 100,000 ringgit telah diperuntukkan untuk bencana ini.

“Mercy akan terus memerhatikan keadaan di sana untuk meyalurkan bantuan kemanusiaan dari aspek lain,” kata Dr Ahmad.

Mercy juga telah menghantar dua lagi ahli kumpulannnya ke Manila Rabu lepas berikutan gelora tropikal Ketsana.Sementara itu, dua lagi gempa bumi direkodkan di selatan Sumatera pagi ini.

Gempa yang pertama pada magnitud 6.8 telah berlaku pada pukul 9.53 pagi di timur laut Bengkulu dan barat daya Johor Bahru.

Gegaran juga berlaku di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Pada kali kedua ia berlaku pada pukul 10.20 pagi. Gegaran berukuran 5.3 pada skala Richter di timur laut Lubuk Linggau dan di barat daya Johor Bahru.

Walaubagaimanapun, tiada ancaman tsunami direkodkan.

Tiada ulasan: