Jumaat, 30 Oktober 2009

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mahu siasatan dipercepatkan

BERNAMA


SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad semalam meminta siasatan ke atas PAS Selangor oleh Lembaga Disiplin parti dipercepatkan.

"Kita terima kalau nak dibawa ke Lembaga Disiplin... tidak ada masalah. Saya yakin PAS Selangor akan dapat membersihkan namanya dan saya minta supaya dalam kita membawanya ke Lembaga Disiplin kalau terbukti tidak benar segala dakwaan supaya mereka yang membawa dakwaan itu diambil tindakan tegas," katanya di sini semalam.

Iskandar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor ketika diminta mengulas laporan berita PAS Selangor akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti.

Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam semalam memutuskan PAS Selangor dihadapkan ke Lembaga Disiplin berhubung isuisu yang dibangkitkan Pesuruhjaya negeri itu Dr Hasan Ali.

Ditanya sama ada PAS Selangor kini berpecah dan berpuak-puak, Iskandar berkata: "Saya tak tahu sebab itu orang spekulasi."

Tiada ulasan: