Jumaat, 9 Oktober 2009

Tiada makna masuk 200 terbaik jika kebebasan akademik ditindas

MERDEKA REVIEW



Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching berasa marah terhadap tindakan Universiti Malaya untuk menindas mahasiswanya. Sekumpulan siswa-siswi diambil tindakan pihak universiti kerana menganjurkan perbahasan yang mengundang ahli politik sebagai panelnya, pada 8 September yang lalu.

Teo Nie Ching (gambar kanan) yang turut diundang pada malam tersebut, berasa bangga terhadap ahli jawatankuasa penganjur yang masih menuntut di universiti, kerana berani membebaskan diri dari kongkongan kampus untuk mengundang ahli politik dari parti pemerintah dan pembangkang. Pembahasan isu semasa ini bertempat di kawasan kampus.

Pada ketika itu, Teo menganggap seandainya pihak universiti teruskan sikap yang terbuka ini, maka reputasi UM bakal dipertingkatkan. Namun, beliau tidak menduga bahawa pada hari UM kembali semula ke ranking 200 universiti terbaik di dunia, siswa-siswi yang menganjurkan aktiviti ini diambil tindakan, malah dihadapkan kepada Lembaga Disiplin yang mungkin menjatuhkan hukuman pecat.

Teo yang juga alumni UM mempertikaikan pihak UM, apa salahnya untuk mengundang ahli politik? Adakah universiti sebagai academic palace, tidak dibenarkan untuk membincangkan isu politik yang rapat dengan masyarakat?

Teo menggesa agar pihak universiti membatalkan semua tuduhan yang dikenakan tanpa syarat, dan meminta maaf kepada siswa-siswi tersebut.

*Teo Nie Ching ialah ahli parlimen Serdang, Selangor (DAP).

Tiada ulasan: