Khamis, 15 Oktober 2009

Tiada kes baru H1N1 ke ICU

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Tiada kemasukan baru pesakit influenza A(H1N1) ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan hari ini manakala seorang pesakit di ICU sudah dibenarkan keluar.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican berkata bahawa jumlah mereka yang menghidap penyakit serupa influenza (ILI) di seluruh negara adalah 699 orang.

Beliau berkata daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 28 pesakit merupakan kes influenza A (H1N1) yang disahkan, dan lima daripada mereka dirawat di ICU.

Jumlah kematian kekal 77 orang.

Tiada ulasan: