Sabtu, 10 Oktober 2009

Tamparan akhir, Umno hilang 279 penyokong

Ditulis oleh Te@M I.T

BAGAN PINANG - BN kini mulai semput hasil dari kerja kotor mereka sepanjang kempen berjalan. Belum pun habis tempoh berkempen, namun BN menerima satu lagi tamparan hebat apabila satu pengistiharan beramai-ramai ahli Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Seramai 279 orang bekas ahli UMNO, MIC dan Gerakan bertindak keluar dari parti itu setelah mereka hilang kepercayaan kepada parti komponen Barisan Nasional itu.

Mereka yang keluar dari Umno itu bagaimanapun sepakat menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Parti KeADILan Rakyat kepada Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim pada satu ceramah Kempen di Peti Undi Sirusa, Port Dickson malam tadi.

Pak Ngah Zainal yang sudah 15 tahun berada dalam UMNO mengetuai 278 daripada mereka berkata, tindakan itu dibuat kerana sedar realiti penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap rakyat selama ini 52 tahun ini semakin parah.

Borang permohonan keahlian PKR 279 orang itu diterima sendiri Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan pimpinan Pakatan Rakyat serta 3,000 penyokong yang hadir.

Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang luar biasa, sekitar rumah tempat penceramah dibanjiri penyokong sehingga menyebabkan kesesakan sehingga ke jalan utama berpanjangan ke jam 1 pagi.


Turut menyampaikan ceramah adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali.

Tiada ulasan: