Ahad, 11 Oktober 2009

Susulan EGM: Najib mahu MCA cerminkan 3 ciri

Oleh G. MANIMARAN


KUALA LUMPUR: MCA yang selesai mengadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) semalam perlu mencerminkan tiga ciri penting agar ia kembali kuat dan stabil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini.

Tiga ciri yang diketengahkan Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) ialah kepimpinan MCA perlu kredibel dan berkesan, mesti meraih sokongan masyarakat Cina untuk menyokong BN dan perlu menyelesaikan kemelut kepimpinan dengan segera.

Sehubungan itu, Najib memberitahu, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Khamis ini akan menghormati keputusan dicapai pada EGM semalam.

Najib bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku koleksi ucapannya "Menakhodakan Zaman, Helming In Times" di Mid Valley Megamall, pagi tadi.

Tiada ulasan: