Ahad, 25 Oktober 2009

Suri rumah maut suami simbah asid

BERITA HARIAN ONLINE


GEORGETOWN: Seorang suri rumah maut, manakala anak perempuannya mungkin buta selepas disimbah asid oleh suaminya di rumah pangsa di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Cheong Swee Lin, 50, terbakar hampir 80 peratus badannya dan meninggal dunia sembilan jam kemudian, manakala Tan Hooi Ling, 17, yang terbakar di muka dan dada dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata suami mangsa berusia 52 tahun itu dipercayai menyimbah asid ke atas isteri dan anaknya yang tidur di bilik berasingan.

"Anaknya sempat berlari meminta tolong daripada jiran yang menghantar mereka ke HPP," katanya di sini, semalam.

Suspek menyerah diri di Balai Polis Jelutong dan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan: