Ahad, 4 Oktober 2009

SPRM korup, paling korup di Malaysia!

Ditulis oleh Te@M I.T


BAGAN PINANG - Dalam ceramah umum yang diadakan malam tadi di Markaz Besar Bagan Pinang, Batu 3, Jalan Pantai, ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berani membuat kenyataan terbuka terhadap SPRM mengenai inkues kes Teoh Beng Hock.

"Antara semua agensi, SPRM ialah agensi kerajaan yang paling korup di Malaysia!" dakwa beliau dengan lantang dalam ceramah yang dihadiri oleh lebih 500 penyokong PAS dan orang awam.

"Saya disepak, diterajang semasa Pilihanraya kecil Permatang Pasir. Lihatlah di laman web youtube bagaimana polis Malaysia memperlakukan sebegitu kejam terhadap seorang ahli Parlimen Malaysia,

"Waran tangkap yang dikeluarkan oleh polis untuk menangkap saya terbukti telah tamat tempoh namun polis masih lagi menahan saya atas alasan menganggu ketenteraman awam," jelasnya.

Menurutnya, beliau lebih suka kenyataan tersebut disiarkan secara langsung oleh media televisyen mahupun dilaporkan oleh akhbar harian kerana tidak takut terhadap tindakan yang bakal diambil terhadapnya.

Dalam ceramah yang sama, calon PAS, Zulkefly Mohammad Omar berkias sejarah kuih bulan sempena pesta tanglung kaum Cina dengan mesej yang sama dibawa oleh Pakatan Rakyat.

"Rakyat di China memberi mesej bantuan untuk membebaskan mereka dari cengkaman zalim kerajaan Mongol sebagaimana kita ingin memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa kita, Pakatan Rakyat membawa mesej membebaskan rakyat dari cengkaman kerajaan BN," jelas beliau meminta pengundi mencontohi sejarah tersebut.


Beliau juga merayu pengundi-pengundi di Bagan Pinang supaya memberi undi mereka kepada PAS yang membawa agenda perubahan kepada rakyat bersama-sama Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: