Sabtu, 24 Oktober 2009

Soi Lek tidak setuju dengan Hisham tentang ROS

Andrew Ong


Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempunyai kuasa untuk memutuskan timbalan presiden MCA yang sah, tegas Datuk Seri Dr Chui Soi Lek.

Menurut bekas timbalan presiden MCA itu, oleh kerana perlembagaan parti itu diluluskan oleh ROS, maka ia juga merupakan pihak yang sah untuk memutuskan soal jawatan berkenaan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa ROS tidak akan campurtangan dalam krisis MCA.

Chua bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan kepada menteri berkenaan.

Chua berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai bajet 2009. Beliau merupakan pengerusi biro pemantau dasar kerajaan parti tersebut.

"Perlembagaan semua parti politik diluluskan oleh ROS. Jadi bagaimana mereka kata ia tidak ada kuasa (untuk campurtangan)? Saya harap ROS akan memberi taklimat kepada menteri mengenai peranan mereka," tambahnya.

Chua berkata, sekiranya ROS tidak ada kuasa untuk campurtangan, maka tidak perlulah bagi pindaan perlembagaan pertubuhan-pertubuhan tertakluk kepada pemerhatian ROS.

Tiada ulasan: