Rabu, 21 Oktober 2009

SMS dakwa ADUN liwat bekas isteri

BERNAMA


ADUN Batu Uban, S Raveentharan, membuat laporan polis di Pulau Pinang malam tadi selepas menerima SMS yang menuduh beliau meliwat dan memukul bekas isterinya.

Raveentharan, yang juga peguam, berkata SMS berkenaan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali, diterima pagi semalam ketika beliau sedang menghadiri satu perbicaraan di mahkamah di Pulau Pinang.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal kerana perceraiannya berlaku pada 2001.

"SMS cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang peguam dan ADUN di negeri ini," katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata siasatan sedang dijalankan.

Tiada ulasan: