Khamis, 29 Oktober 2009

Skypark Subang boleh bantu jadikan negara ekonomi berpendapatan tinggi - Najib

BERNAMA


PETALING JAYA: Terminal SkyPark Subang boleh menjadi hab penerbangan bandar yang strategik dan memainkan peranan dalam membantu menjadikan negara ekonomi yang dipacu oleh pendapatan yang tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Beliau yakin yang terminal berkenaan yang telah diperindahkan semula dari lapangan terbang Subang yang lama, akan menjadi hab negara dan serantau yang penting, sekali gus dapat memberikan kesan ekonomi pelbagai kepada rakyat tempatan.

Menyifatkan terminal baru itu sebagai menarik, Najib berkata ia mempunyai faktor yang sesuai saling hubung, keselesaan dan kos yang boleh memberikannya daya saing khusus.

Beliau berkata yang projek itu juga merupakan bukti yang perkongsian awamswasta boleh menjadi satu penerokaan yang berjaya.

"Pertama kali cadangan itu dikemukakan kepada saya semasa saya menjadi pengerusi kepada jawatankuasa pelaburan berimpak tinggi, saya agak ragu-ragu tetapi bagaimanapun saya rasa cadangan ini baik juga," tambah beliau.

Perdana menteri berkata beliau kagum yang projek mengindahkan semula itu yang menelan kos RM40 juta selesai dalam tempoh hanya 13 bulan dan rekod yang baik itu adalah satu kelebihan kepada Malaysia untuk menarik lebih ramai pelabur asing yang berkualiti.

Beliau melahirkan keyakinan yang SkyPark dengan mudahnya boleh mencapai sasaran dua juta penumpang setiap tahun.

Kafe, butik, kedai buku, kedai cenderamata telah berjaya menaikkan lagi keindahan atmosfera di Skypark Subang yang sebelum ini dikenali sebagai Terminal Tiga lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Pada masa ini, Berjaya Air, Firefly milik Malaysia Airlines dan jet peribadi beroperasi dari lapangan terbang ini.

Tiada ulasan: