Sabtu, 3 Oktober 2009

Siapa Penasihat Jahat Dalam UMNO?

Oleh - Mosli Oli


Konsep BN yang asal diamalkan untuk menjaga hubungan yang baik antara Melayu dan bukan Melayu. Pemimpin Melayu yang dominan sentiasa mendengar pandangan parti-parti komponen. Jika hubungan itu berkekalan sudah tentu kemenangan akan terus menyebelahi BN dalam pilihan raya ke 12 lalu.

Masalah mula timbul bila ada dikalangan pemimpin UMNO merasakan dirinya terlalu berkuasa. Memetik kata bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik “ ada penasihat-penasihat jahat” dalam UMNO yang merosakkan hubungan dengan parti-parti komponen.

Siapakah pansihat-penasihat jahat itu? Antara penasihat yang rapat dengan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi pada ketika itu dikenali sebagai 3K, Khairi Jamaluddin, Kamaluddin dan Kalimullah di samping Tun Musa Hitam dan Dato Annuar Zaini. Apakah mereka yang dimaksudkan Lim Keng Yaik? Atau siapa sebenarnya penasihat jahat itu?

BN masih ada masa dan peluang untuk mendapat kembali sokongan rakyat yang hilang. Parti-parti komponen BN terutama UMNO, MCA,MIC dan GERAKAN perlu melakukan reformasi yang radikal untuk kekal relevan. BN tidak boleh mengharapkan sangat konsep dan slogan 1Malaysia.

Pakatan Rakyat yang dihadapi pada PRU13 mempunyai kekuatan dan sumber kewangan yang standing dengan BN. Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai PR adalah negeri-negeri yang kaya.

Menurut Dato Dr. Goh Cheng Teik, konsep parti berbilang kaum mestilah dipimpin orang Melayu. Pada masa sekarang parti berbilang kaum mempunyai tokoh Melayu seperti Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapa pemimpin Melayu parti berbilang kaum selepas Anwar Ibrahim? Apakah Syed Husin Ali atau Azmin Ali mendapat penghormatan daripada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Tian Chua dan pemimpin bukan Melayu yang lain?

Tiada ulasan: