Ahad, 25 Oktober 2009

Selangor Pastikan Petani Manfaat Peruntukan Dalam bajet 2010

SELANGOR KINI


Hari Habitat Sedunia dan Minggu Alam Sekitar 2009 yang disambut setiap Oktober mendapat perhatian khusus kerajaan negeri Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Khlid Ibrahim melancarkan program sambutan acara itu yang Bertemakan “ Perancangan Masa Hadapan Bandar Kita.”

Program anjuran bersama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu membolehkan orang ramai mengunjungi dan menghayati Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong dan Hutan Pamah UPM sebagai khazanah negara.

“ Saya rasa dalam 15 tahun yang akan datang, negeri Selangor akan mendapati lebih daripada 85 sehingga 90 peratus daripada di kawasan negeri Selangor ini akan menjadi kawasan bandar. Oleh itu rancangan masa depan hendaklah kita lakukan dengan lebih teliti lagi” ujar Khalid.

Dalam pada itu, Khalid turut menyeru masyarakat Selangor yang menghuni rumah pangsa supaya menjaga kebersihan di kawasan berkenaan.

“ Kita tidak perlu bercakap pasal habitat kalau kita sendiri mempunyai habit tidak betul. Jadi itu yang saya harap, saya akan membuat kempen dan kempen kedua jika mereka sudah mula tidak membuang sampah melalui tingkap, kita akan beri peruntukan untuk mengecat semula bangunan rumah pangsa mereka secara gotong-royong. Kita akan mencantikkan rumah pangsa mereka”.

Menurutnya Selangor sangat menitikberatkan soal pemuliharaan alam sekitar dan kebersihan dalam keghairahan memacu pembangunan negeri.

“ Selangor dan juga Majlis Perbandaran Subang Jaya dan syarikat IOI dan banyak syarikat lain yang banyak menganjurkan dan perayaan meraikan Hari Habitat Sedunia dan kita rasa perlu untuk negeri Selangor sebab pembangunan di negeri Selangor sudah begitu rancak dan kita perlu ingat, kita perlu ada kawasan-kawasan hijau untuk mengimbangi antara pembangunan hartanah dengan menentukan bahwa keselesaan masyarakat”.

Tiada ulasan: