Khamis, 8 Oktober 2009

Sekolah boleh ambil cuti ganti sempena Deepavali

BERITA HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA: Semua sekolah dibenarkan mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti pada 20 Oktober ini sempena sambutan Deepavali pada 17 Oktober ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagaimanapun, kebenaran cuti itu hanya diberikan kepada sekolah yang memohon dan bukan kelulusan keseluruhan.

"Selepas meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah mengambil cuti peristiwa bagi yang mempunyai baki cuti peristiwa dan cuti berganti bagi sekolah yang sudah habis baki cuti peristiwa," katanya.

Tiada ulasan: