Jumaat, 23 Oktober 2009

Sebab-sebab aneh Tian Chua dijatuhkan hukuman

GO MALAYSIAN



Sebab-Sebab Aneh Tian Chua Dijatuhkan Hukuman:

#1
Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

#2
Rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

#3
Bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

#4
Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.

Tiada ulasan: