Jumaat, 9 Oktober 2009

Satu lagi sabotaj, Pemidang PAS pula dibakar

Ditulis oleh Te@M I.T


BAGAN PINANG - Waktu kempen yang tidak sampai lagi dua hari ini dicemari lagi dengan satu insiden dimana pemidang PAS dibakar awal pagi tadi.

Menurut petugas PAS yang membuat rondaan, pemidang yang dipacakkan di simpang stesen minyak Shell Bandar Sunggala itu ditemui dalam keadaan telah pun terbakar kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Perkara ini dipercayai telah dilakukan oleh penyokong Umno-BN yang berniat untuk mensabotaj bahan-bahan kempen PAS seperti poster dan pemidang calon PAS dalam tempoh berkempen yang tinggal tidak sampai dua hari lagi ini.

Tindakan penyokong Umno-BN semakin hari bertindak ganas ini bagaimana pun dikhuatiri pemimpinnya boleh mengancam keselamatan petugas dan penyokong Pakatan Rakyat yang sedang giat berkempen 'pecutan akhir'.


Tiada ulasan: