Rabu, 14 Oktober 2009

Saksi SPRM Tidak Dibenarkan Balik

TV ANTARA


Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Hishamuddin Hashim berkata Teoh Beng Hock tidak dibenarkan meninggalkan prosiding penyiasatan.

Hishamuddin dalam akuan beliau di inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abbas berkata mana-mana saksi tidak dibenarkan pulang tanpa izin pegawai penyiasat.

Inkues hari ini menyaksikan pegawai kedua tertinggi SPRM negeri dipanggil ke kandang saksi. Inkues diwujudkan bagi menyiasat misteri kematian setiausaha kepada exco Selangor, Teoh Beng Hock yang maut selepas disoalsiasat SPRM.

Ketika disoal peguam keluarga mangsa, Hishamuddin menolak dakwaan bahawa Beng Hock maut dibawah jagaan beliau.

Pegawai SPRM ini menjelaskan pegawai-pegawai bawahannya memaklumkan bahawa Teoh telah dilepaskan dan akan kembali keesokan harinya untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan yang sama, Unit Siasatan SPRM mendedahkan tiada usaha untuk mencari Beng Hock dibuat selepas mangsa dikesan hilang dari kawalan mereka.

Ketua Unit Siasatan, Hairul Ilham Hamzah berkata pihaknya hanya berlegar-legar di premis SPRM tanpa terfikir untuk menghubungi telefon bimbit mangsa.

Tiada ulasan: