Sabtu, 24 Oktober 2009

RM2.3 bilion majukan luar bandar

BERITA HARIAN ONLINE


SEBANYAK RM2.3 bilion diperuntukkan dengan penyediaan lebih banyak kemudahan mencukupi dan berkualiti untuk kemajuan lebih seimbang bandar dengan luar bandar, termasuk membina dan menaik taraf infrastruktur pada tahun depan.

Ia membabitkan pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung masing-masing sepanjang 510 kilometer serta 316 kilometer dengan peruntukan sebanyak RM857 juta.

Antara jalan yang akan dibina ialah di Kapit, Lawas dan Simunjan, Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau, Sabah.

Langkah lain ialah:

* Mengutamakan penggunaan soil stabiliser bagi pembinaan jalan luar bandar kerana kos pembinaan dan penyelenggaraan yang lebih rendah.

* Menyediakan bekalan air kepada 16,000 rumah dengan peruntukan RM530 juta, manakala sebanyak RM825 juta bagi membekal elektrik kepada 30,000 rumah.

* Menyediakan RM88 juta untuk melaksanakan 5,356 projek ameniti sosial seperti klinik desa, balai raya dan kawasan riadah awam.

Tiada ulasan: