Ahad, 25 Oktober 2009

Rakyat Kecewa Kerajaan Abaikan Pengangkutan Awam

SELANGOR KINI


PUCHONG - Setelah berlangsungnya Pembentangan Bajet 2010 semalam, TV Selangor mendapatkan reaksi daripada penduduk di negeri itu.

Ada di antara rakyat di negeri Selangor yang kecewa dengan bajet 2010 kerana gagal memberi tumpuan kepada menambah baik kemudahan pengangkutan. Sistem pengangkutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Ada juga yang berpendapat bahawa bajet itu meminggirkan bantuan khusus untuk memperbaiki sara hidup rakyat.

“ Melalui bajet semalam, saya sebagai penduduk kampung dan juga orang awam, di mana di kampung saya, Kampung Kenangan, Kampung Tengah, yang mempunyai ramai penduduk tetapi kemudahan kami seolah-olah dinafikan kerana di kanan kampung kami lebuh raya, tetepi tidak ada bas untuk penduduk kampung. Penduduk kampung terpaksa berjalan lebih kurang 1 kilometer untuk mendapatkan bas” ujar Ramli Dahlan.

Manakala bagi Haile Abdul Manan, beliau menyokong tindakan kerajaan persekutuan memberikan Taraf Permastautin Tetap (PR) kepada warga asing yang berbakat dan berkemahiran tinggi bagi mempercepatkan pemindahan teknologi dan proses transformasi.

“ Bagi saya untuk menaikkan taraf orang yang macam itu saya sokong lah bagi bidang kerjaya mereka”.

Sementara itu menurut, Husairi Ismail, beliau begitu kecewa kerana pembentangan bajet langsung tidak menyentuh isu pengangkutan awam.

“ Melalui bajet semalam kecewa jugak lah tidak menyentuh langusung pasal pengangkutan daripada sudut macam tambang. Sepatutnya kena ada, adil semua” katanya.

Manakala bagi peniaga restoran, Lim Ah Bah, Bajet 2010 tidak begitu mengutamakan kebajikan rakyat.

“ Bajet semalam tidak begitu menarik kerana tidak begitu banyak warga Malaysia, tertumpu kepada rancangan pendidikan dengan pembangunan. Tetapi untuk rakyat, untuk menolong rakyat dalam aktiviti harian tidak begitu banyak. Income tax pun satu persen sahaja, jadi tidak memberi apa-apa kesan. Tapi saya rasa bajet ini adalah untuk ekonomi sekarang kerana ekonomi pada hari ini tidak berapa bagus, jadi boleh dikatakan kerajaan tidak mahu menambahkan defisit dalam ekonomi kita”.

Tiada ulasan: