Sabtu, 10 Oktober 2009

Raja Petra masih gagal dikesan

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, masih gagal dikesan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh polis menyebabkan waran tangkap terhadapnya gagal diserahkan kepadanya, Mahkamah Sesyen, di sini, diberitahu semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hafiz Mohd Yusoff, berkata melalui pemeriksaan rekod dengan Jabatan Imigresen pihaknya mendapati Raja Petra, 59, tidak pernah meninggalkan negara ini.

Mohd Hafiz memberitahu perkara itu berikutan ketidakhadiran kali kedua Raja Petra di mahkamah semalam bagi perbicaraan kes memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Tiada ulasan: