Sabtu, 10 Oktober 2009

Port Dickson patut sudah lama lebih maju

Oleh Abu Firdaus


Port Dickson diisytiharkan sebagai bandar tentera darat. Adakah wajar? Untuk apa diisytiharkan sedemikian menjelabng pilihan raya kecil Bagan Pinang? Sudah tentu tujuan jelas adalah untuk meraih undi anggota tentera. Maka mengapakah keputusan kerajaan dibuat bukan kerana untuk kebaikan Port Dickson atau penduduk Bagan Pinang tetapi perkiraannya adalah untuk meraih undi tentera?

Mengapa pula hati anggota tentera perlu diambil bagi menyokong Barisan Nasional? Sedangkan kerajaan mestilah memberikan layanan terbaik kepada anggota tentera tanpa menghiraukan sama ada mereka memberi undi kepada Barisan. Ini kerana tentera merupakan kumpulan penting bagi rakyat negara ini untuk mempertahankan Malaysia daripada sebarang serangan luar.

Sedangkan Port Dickson perlu dibina sebagai bandar pelancongan pantai yang utama di negara ini. Ini kerana bukan saja ia mempunyai pantai yang baik tetapi juga ia merupakan pantai bagi penduduk Lembah Klang. Pulau Langkawi antara lainnya mungkin mempuinmyai pantai-pantai lebih iondah, tetapi hakikatnya Port Dickson berada berhampiran dengan kawasan perkotaan terbesar di negara ini menjadikannya istimewa.

Bagi penduduk Port Dickson, kehadiran pelancong yang banyak dan berkualiti akan membawa kemakmuran kepada mereka. Ini kerana hasil utama Port Dickson harusnya datang daripada para pelancong, terumatamnay pelancong dari Lembah Klang. Sementara bagi para peminat Port Dickson pula, mereka mengharapkan kawasan itu dapat memberikan nilai baik kepada kehadiran mereka di situ.

Justeru sewajarnya Port Dickson diisytriharkabn sebagai pusat pelancongan premier dan bukannya bandar tentera darat. Malangnya Port Dickson gagal dibangunkan secara sepenuhnya sebagai bandar peranginan dan pelancongan. Justeru, ia gagal menarik banyak pelancong yang mencukupi untuk menggerakkan bagi menjadi kawasan itu lebih makmur.

Tetapi jumlah bilangan pelancongan masih kurabng daripada memuaskan. Lihatlah lebih raya Seremban ke Port Dickson masih jauh lengang. Sedangkan perkhidmatan kereta api gagal dipertahankan apatah lagi untuk diluaskan. Sedangkan pengangkutan yang lancar dan cekap boleh menjadikan Port Dickson sebagai bandar peranginan satelit bagi Kuala Lumpur .

Setelah mentadbir Negeri Sembilan selama lebih 50 tahun, apakah pencapaiaan kerajaan Perikatan dan Barisan terhadap Port Dickson? Sememangnya dapat kelihatan banyak perubahan dan pembangunan hotel-hotel dan kemudahan untuk pelancong lebih baik, tetapi bandar ini patut lebih maju dan berjaya daripada sepatutnya.

Apabila sesebuah kerajaan, sama ada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dipegang oleh satu pihak saja, maka timbul suasana di mana kerajaan tidak begitu menghiarukan pandangan-pandangan berbeza mengenai pembangunan sesebuah negara atau negeri.

Jika terdapat persaingan setara antara Barisan dan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, dan khususnya di kawasan Port Dockson, maka bandar ini menjasdi tumpuan kepada usaha pembangunan dan pembaharuan untuk kesajahteraan rakyat setempat dalam mencari kehidupan lebih baik.

Asas kepada usaha pembangunan yang baik tentunya pentadbiran dan aktivitio politik yang bersih dan bebas rasuah. Andai kata usaha pembangunan tidak bverasaskan kepada bersih dan bebas rasuah, maka sudah tentu berlaku ketirisan yang akhirnya merugikan rakyat dan negara.

Tetapi hal ini tidak begitu dipedulikan kerana terdapat tanggapan bahawa penggunaan wang di luar daripada etika diperbolehkan dalam sistem politik di negara ini. Pembangunan dilihat dapat dijayakan dengan adanya unsur-unsur politik wang. Maka dengan tanggapan seumpama ini, banyak pihak boleh menerima calon pilihan raya yang jelas sabit terbabit dengan politik wang.

Bukan saja calon, malah parti politik yang terbabit dengan politik wang juga dianggap suatu yang lumrah dan dapat diterima. Sebab itu Umno masih dapat diterima oleh banyak orang di banyak tempat walauipun jelas bahawa parti ini sukar untuk memabasmi politik wang.

Melihat kembali latar belakang Port Dickson, ia merupakan bandar yang ditubuhkan oleh penjajah Britain . Bandar pelabuhan ini mempunyai dua fungsi, pertama, ia merupakan pusat pertahanan bagi kerajaan penjajahan Britain , kedua bagi membawa keluar hasil eksport daripada Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan adalah sebahagian daripada negeri-nmegeri Melayu Bersekutu bersama Selangor, Perak dan Pahang yang telah menerima residen Inggeris sebagai penasihat yang berpengaruh ke atas Raja-raja Melayu. Walaupun kedaulatan raja-raja Melayu berbentuk kekuasaan ke atas adat Melayu dan agama Islam masih utuh, tetapi soal politik, ekonomi dan pertahanan telah diserahkan kepada penjajah Britain .

Maka Seremban merupakan bandar penjajah bagi Negeri Sembilan seperti mana Kuala Lumpur bagi Selangor, Taiping bagi Perak dan Kuala Lipis bagi Pahang. Maka untuk mengangkut hasil bijih timah, dibina laluan kereta api. Taiping ke Port Weld, Kuala Lumpur ke Port Swettenham, Kuala Lipis ke Tenerloh dan Seremban ke Port Dickson.

Untuk pertahanan, penjajah British juga perlu membina kem-kem tentera. Ia membina kem tentera di merata tempat tetyapi paling ebsar ialah di Port Dickson. Kedudukannya di tepi pantai memudahkan ia berhubung dengan laluan laut. Muka bumi yang landai membolehkan ia dijadikan tenpat kem latihan.

Bagi penjajah Britain , Port Dickson tidak dirancang untuk dijadikan tempat peranginan. Pusat peranginan bagi mereka adalah di tempat dingin seperti Cameron Highlands , Fraser’s Hill, Maxwell Hill dan Penang Hill. Tetapi bagi rajkyat Malaysia merderka, tempat peranginan adalah di tepi laut. Malangnya Port Dickson tidak cukup dibangunkan walaupun lebih 50 tahun Perikatan dan Barisan memerintah !.

Tiada ulasan: