Jumaat, 9 Oktober 2009

Pimpinan Pemuda Umno mengaku bawa Pemuda 'ala komando'

Ditulis oleh Te@M I.T

BAGAN PINANG - PAS cukup yakin keganasan yang berlaku dalam siri kempen pilihanraya kecil N31 ini dilakukan oleh sekumpulan samseng pemuda Umno berdasarkan kenyataan pemimpin pergerakan tersebut.

"Berdasarkan kenyataan daripada Penolong Setiausaha dan Exco pergerakan itu yang berkata bahawa, mereka memang membawa pemuda Umno yang dilatih ala-ala komando kesini," jelas Salahuddin pagi tadi.

Semalam lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dilaporkan dipukul dan ada yang ditetak dangan pedang samurai oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kaiat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Menurutnya, kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Sepertimana yang berlaku di Permatang Pasir, sekumpulan pemuda Umno yang berseragam 'Kesatria Pemuda Umno' itu sudah pun dilihat ada.

Tiada ulasan: