Khamis, 15 Oktober 2009

Petugas Bagan Pinang dirai dalam majlis kesyukuran

Harakahdaily


KUALA LUMPUR : Satu majlis kesyukuran meraikan petugas dan penyokong dalam Pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang akan diadakan pada 16 Oktober (Jumaat) esok, jam 8 malam.

Majlis berkenaan yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan akan diadakan di Markas Induk, Pilihan raya Kecil Bagan Pinang, Kampung Bagan Pinang berhampiran Masjid Bagan Pinang.

Harakahdaily dimaklumkan, bahawa bekas calon Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar akan meraikan semua hadirin dalam majlis berkenaan.

Selain menjamu selera, program pada malam tersebut akan disusun dengan ucapan para pemimpin.

Semua dijemput hadir. Jika inginkan pertanyaan, boleh menghubungi Zulkefly yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS di talian, 0192818816 ataupun Shamsul Su daripada Badan Perhubungan Negeri di talian, 019-6532973.

Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad mendapat undi 8,013 berbanding Zulkefly yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Tiada ulasan: