Isnin, 12 Oktober 2009

Pasukan perubatan, SMART henti misi bantuan, pulang esok

BERNAMA


PADANG: Semua pasukan perubatan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) semalam menamatkan misi bantuan kemanusiaan di Sumatera Barat khususnya di Padang dan Pariaman, yang dilanda gempa bumi pada 30 September lepas dan akan kembali ke tanah air esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata misi itu dihentikan kerana pemerintah Indonesia dan daerah Sumatera Barat mampu membantu mangsa gempa bumi di kawasan terbabit menjalani kehidupan harian seperti biasa.

"Apa yang mereka perlukan ialah bantuan kewangan berbanding tenaga kerja yang telah mencukupi dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta pasukan perubatan Indonesia sendiri di samping bantuan daripada 26 negara yang sedang membantu mangsamangsa gempa bumi di sini," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasankawasan yang terjejas akibat gempa bumi itu di sini semalam.

Beliau berkata masyarakat di kawasan terjejas itu juga masih memerlukan bantuan lain terutamanya dari segi bantuan khemah kerana pada masa ini, hanya kira-kira 3,800 khemah telah diperolehi berbanding keperluannya yang mencecah 50,000 buah.

Malah, katanya kerajaan tidak menghalang manamana NGO untuk meneruskan usahausaha membantu mangsa gempa bumi Padang.

"Saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib yang menimpa saudara kita di Sumatera Barat khususnya di Padang dan Pariaman supaya terus menyalurkan bantuan.

"Kempenkempen kutipan dana yang dibuat sama ada oleh media masa, media cetak, media elektronik dan jabatan kerajaan, adalah bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sini," katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga akan mencari mekanisme yang sesuai untuk memastikan bantuan yang disalurkan kepada penduduk di Padang dan Pariaman sampai dengan kadar yang segera tanpa sebarang halangan yang boleh menyebabkan bantuan itu lambat sampai kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata syarikatsyarikat pembinaan yang mempunyai sistem pembinaan segera melalui Sistem Binaan Industri (IBs) digalakkan membantu menyediakan peralatan unuk pembinaan semula sekolahsekolah dan rumahrumah ibadat yang rosak teruk akibat tragedi yang melanda negara itu.

"Saya telah dimaklumkan terdapat tidak kurang daripada 1,500 kelas yang diperlukan untuk dibina semula dan terdapat kirakira 500 sekolah yang harus diperbaiki dan dibangunkan semula bagi membolehkan mereka meneruskan kesinambungan pembelajaran mereka di kawasankawasan yang terjejas.

"Saya harap pihak swasta dan NGO yang ingin membantu, boleh dikoordinasikan usahanya melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ini akan terus dibincangkan dengan keizinan melalui Gabenor Sumatera Barat dan juga wali kota di Padang ini supaya bantuan ini dapat disegerakan," katanya.

Tiada ulasan: