Ahad, 11 Oktober 2009

Bagan Pinang: 23. 9 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PORT DICKSON: Seramai 2,168 atau 23.9 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 10 pagi ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Proses pengundian hari ini melibatkan 18 saluran peti undi di lapan pusat pengundian.

Sehingga pukul 9.30 pagi ini keadaan trafik di Jalan Pantai, jalan utama di sini lancar sekalipun hujan renyai-renyai, dengan kalangan pengundi terutama golongan tua, mula keluar mengundi.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad manakala PAS diwakili pensuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Seramai 4,604 pengundi pos mengundi bermula Khamis lepas.

Ketika ini, keadaan di beberapa pusat mengundi antaranya di Sek. Keb Telok Kemang, Sek. Keb Panglima Adnan dan SRJKC Ladang Siliau meriah dengan gelagat penyokong parti dan peraih undi yang berada di luar pusat mengundi bagi menarik sokongan pemilih.

Proses pengundian berjalan lancar setakat ini.

SPR dijangka akan mengumumkan keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang seawal pukul 8 malam ini.

Tiada ulasan: