Isnin, 5 Oktober 2009

MIED: Jumpa di mahkamah, kata Samy kepada Subramaniam

Samy Vellu: Subramaniam keluarkan kenyataan memfitnah saya

Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pula memberi amaran akan mengheret bekas timbalannya, Datuk S. Subramaniam berhubung kenyataan beliau petang tadi yang meminta agar pemimpin itu tidak mengeluarkan sayap pendidikan MIED dan AIMST dari MIC.

Dalam reaksi segera yang dikeluarkan selang sejam selepas sidang media Subramaniam, Samy Vellu berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya menguruskan tindakan mahkamah ke atas Subramaniam.

"Berhubung dakwaan terhadap saya dan MIC pada sidang media hari ini, saya telah pun mengarahkan peguam saya untuk memfailkan kes terhadap beliau (Datuk Subrmaniam) kerana memfitnah saya.

"Saya tidak mahu memberi apa-apa komen lain kecuali biarkan beliau membuktikan di mahkamah jika benar wujudnya perkara-perkara sedemikian dalam fikiran saya," katanya.

Pada sidang media yang diadakan di rumahnya di sini pukul 4 petang tadi, Subramaniam memberi amaran tiada mana-mana pihak yang harus mengeluarkan MIED dan AIMST dari MIC, sekali gus dijadikan sebuah badan berasingan atau yayasan.

Samy Vellu juga berkata, Subramaniam sudah hilang pertimbangan sejak beliau tewas dalam pemilihan 12 September lalu buat kali kedua-dua berturut-turut kepada Datuk G. Palanivel, sekali gus melancarkan siri serangan terhadap MIC dan ke atas kepimpinannya.

Tiada ulasan: