Khamis, 15 Oktober 2009

Literasi: Malaysia Ketinggalan Berbanding Indonesia

TV ANTARA. COM

Kadar literasi dewasa di Malaysia lebih rendah dari Indonesia dan Georgia, berdasarkan data yang dikumpul Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007 sebelum berlaku krisis ekonomi global.

Statistik yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan Malaysia hanya mengumpul 91.2 peratus kadar literasi itu berbanding Indonesia (92 peratus), Georgia (100 peratus).

Mengikut ketetapan Dasar Polisi Kebangsaan yang dikeluarkan pada 2000, Malaysia menetapkan sasaran penduduk 96 peratus pada 2005 dan mencapai 100 peratus kadar literasi pada 2010.

Perangkaan menunjukkan, Malaysia tergolong sebagai negara pembangunan manusia peringkat tinggi bersama Lebanon, Arab Saudi, Romania, Costa Rica, Mexico, Cuba, Bahrain dan Rusia.

Kedudukan itu lebih rendah daripada Singapura dan Brunei yang tergolong sebagai negara pembangunan manusia peringkat lebih tinggi, setanding Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis.

Negara Asia lain yang dalam kategori sama ialah Hong Kong, Jepun, Kuwait, Qatar, Korea Selatan.

Malaysia juga ketinggalan dalam konteks negara yang paling mahu didiami, dengan menduduki tangga ke-66 daripada 182 negara yang terlibat dalam kajian statistik itu, malah Singapura menduduki tempat ke-23 dan Brunei (30).

Tiada ulasan: