Jumaat, 9 Oktober 2009

Kumpulan pertama jemaah berlepas 20 Oktober

BERTIA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama jemaah haji negara seramai 444 orang daripada kira-kira 27,000 jemaah berlepas ke Tanah Suci Makkah, 20 Oktober ini dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, berkata sebelum berlepas, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijangka bertemu jemaah haji berkenaan, di Kompleks Haji Kelana Jaya, kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, semua jemaah haji negara juga sudah diingatkan mematuhi arahan kerajaan Arab Saudi supaya menjalani suntikan tambahan Influenza Bermusim bagi mencegah wabak H1N1, selain suntikan maningitis.

Tiada ulasan: