Selasa, 13 Oktober 2009

Ketua Penerangan Wanita PKR Ipoh Barat keluar parti

BERNAMA


IPOH: Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Peletakan jawatan itu dikatakan berikutan krisis antara Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim dengan Pergerakan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat.

"Fatmawati dengan sewenang-wenangnya merampas hak AJK (anggota jawatankuasa) apabila mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt ini tanpa pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mendakwa kira-kira 100 anggota Wanita PKR Cabang Ipoh Barat memberi kata dua kepada Fatmawati supaya meletak jawatan dalam tempoh 14 hari dari sekarang.

Katanya anggota terbabit termasuk barisan kepimpinan peringkat cabang berkenaan yang tersingkir selepas pimpinan negeri mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt ini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

padan ngan muka pemimpin pkr negeri. dengar cerita fathmawati ni asal orang indon. jadi pkr terpaksa import org Indonlah lah kot utk jadi ketua wanita pkr perak. dengar khabar juga sejak fathmawati ni pegang wanita perak, banyak wanita bahagian-bahagian jadi kucar kacir, pecah belah dan huru hara. ceriatanya dia ni suka politik cantas, kalau dia tak gemor dengan sasaorang tu, dia lingkup mcm tu saja barisan wanita bahagian tu. antara wanita bahagian-bahagian yg bermasaalah sejak fathmawati ni pegang ialah cabang taiping, padang rengas, tg malim, tambun, ipoh barat dan banyak lagi. kes ipoh barat dengarnya berpunca fathmawati ni nak pertahankan ketua wanita saorang india. dengar cerita jg dia ada hubungan sulit dengan suami ketua wanita india ni. ramai org kata fathmawati ni minat habis dengan lelaki india, tak tahulah apa sebabnya. jadi nampak sangatlah sejak wanita pkr dipimpin oleh zuraidah kamarusin muka lempeng basi tu, fathmawati dan dibantu oleh suzana manja bekas pelacur murahan UMNO dulu banyak sayap-sayap wanita jadi rosak dan hancur. Eloklah wanita Ipoh Barat buat mcm tu sekurang-kurangnya u all dah lakukan satu jihad untuk perbaiki kejahatan dan kezaliman dalam parti keadilan.